Sunday, August 16, 2009

Program KEDAP Fasa 3 2009 di SK Penderas, Kuala Krau, Pahang

Pada 29 - 30 Julai 2009, bertempat di SK Penderas, Kuala Krau, Temerloh, Pahang telah berlangsungnya Majlis Perasmian Program KEDAP 2009 (Fasa 3) oleh Y.B. Dato' Haji Ismail Haji Mohamed Said, Ahli Parlimen Kuala Krau. Program KEDAP dipengerusikan oleh YBrs Datuk Mazlan Mohammad, Pengarah IPGM Kampus Ampuan Afzan, Kuala Lipis.
Majlis Berkhatan
Majlis Sewang. Kononnya merawat ahli keluarga yang sakit. Yang terbaring tu Yang Dipertua (YDP) PIBG SK Penderas. Orangnya mesra sekali...
Tarian Sewang... Menari-nari mengelilingi pesakit sambil membaca mantera.

En Ismail Jaafar, Ketua Program Khas IPGM kampus Kota Bharu yang merupakan Pengerusi bagi Jawatankuasa Pensiangan Salinatan IPGM Kampus Kota Bharu bergambar bersama Tok Batin dan Halak (pawang) suku Jahut di Kg Penderas, Kuala Krau.

Satu daripada amalan suku Jahut ialah berkhatan. Tidak semua suku orang Asli yang mengamalkan berkhatan. Suku Jahut mengamalkan berkhatan seperti adat orang Melayu. Majlis berkhatan ini dipersembahkan bagi dokumentasi sempena majlis perasmian KEDAP 2009. Kelihatan YBhg Datuk Mazlan bersama En Ismail di atas rumah balai suku Jahut. Rumah balai ini dibina khas bagi setiap kali acara berkhatan dilakukan.


Kaum kerabat, saudara mara dan sahabat handai dijemput hadir ke majlis berkhatan. Sebuah rumah tradidional yang dikenali sebagai 'Rumah Balai' dibina bagi majlis berkhatan. Sungguh meriah di kalangan orang asli Jahut dan juga penduduk sekitar.

Keramahan orang asli Jahut melayan tetamu. Jamuan buah-buahan adalah suatu kemestian dan kebuetulan musim durian dan dokong. maka berpestalah para peserta Kedap dengan buah-buah tempatan.

Cik Gu Ariffin Ismail -
Guru KEDAP Yang Dedikasi
Sungguh bertuah bertandang ke SK Penderas. Seorang sahabat lama dari Kuala Krai iaitu Cikgu Ariffin Ismail yang tidak bertemu sekian lama rupa-rupa berperap menabur bakti di sini. Beliau adalah anak jati Kuala Krai, Kelantan yang menjadi guru JHEOA di Gua Musang, Kelantan sewaktu sekolah-sekolah orang Asli dikelolakan oleh JHEOA. Beliau amat-amat mahir dalam bahasa suku Temiar. Lama bertugas di Post Simpol dan Tohoi. Apabila Kementerian Pelajaran menyerap Sekolah JHEOA, beliau ditempatkan mengajar di SK Penderas, Kuala Krau. Sudah 14 tahun beliau di SK Penderas. Apabila saya mengajukan soalan, bertanya bila nak mohon balik ke Kelantan? Belum terlintas lagi katanya. Setelah diselidiki, rupanya beliau amat seronok menabur bakti, membangunkan masyarakat orang Asli di sini.
Dengan bangganya, beliau menyatakan hasil kerja kuat para guru, seramai 4 orang murid orang Asli SK Penderas mendapat 5A UPSR pada 2008 dan 3 orang pada 2007. Tahun 2008 juga, SK Penderas telah memenangi banyak anugerah seperti sekolah harapan negara kategori Sekolah Orang Asli.
Di sini, Cikgu Ariffin tidak sahaja mengajar anak-anak Orang Asli, tetapi juga mengajar ibubapa murid orang Asli iaitu melalui Program Kelas Dewasa Asli Peribumi (Kedap). Para ibubapa telah pandai membaca, menulis dan mengira di bawah bimbingan Cikgu Ariffin dan dua orang guru lain yang dilatih khusus bagi mengajar para ibubapa.
Kelihatan Cikgu Ariffin Ismail bergambar bersama-sama En Ismail Jaafar dan para peserta KEDAP.

Beliau dengan tekun tanpa jemu memberi tunjuk ajar kepada para peserta KEDAP. Dulu saya langsung tidak pandai baca encik, kemudian boleh sikit-sikit. Sekarang saya dah boleh baca. Cikgu Ariffin lah ajar kami. Terima kasih cikgu Ariffin... kata-kata peserta KEDAP.

Pengalaman di SK Penderas amat-amat berharga sekali. Terutama bertemu Cikgu Ariffin yang gigih mendidik anak bangsa. Yang menyahut seruan kerajaan bagi membangunkan pendidikan masyarakat tanpa perbezaan keturunan, agama dan warna kulit. Tabik buat guru-guru SK Penderas, especially buat Cikgu Ariffin Ismail.

2 comments:

  1. Sy juga bekas pelajar dia semasa belajar di sekolah Penderas... Jasa Dan nama cikgu Ariffin tetap sy ingat hingga sekarang.. TQ cikgu 😊

    ReplyDelete
  2. Saya juga pernah sekolah sana,walau pun bukan jadi pelajar beliau tapi pernah duduk asrama penderas dari tahun 1990-1996,sebelum berpindah ke sekolah menengah karak pada tahun 1997.

    ReplyDelete