Sunday, August 16, 2009

Pemantapan Program Kecemerlangan Sekolah Pedalaman

Program Pensiangan-Salinatan IPGM Kampus Kota Bharu melibatkan Program Sekolah Pedalaman di Kelantan. Projek Sekolah Rintis bagi Kurikulum Asli Peribumi (KAP) yang dilaksanakan oleh IPGM Kampus Kota Bharu ialah Sekolah Kebangsaan Tohoi, Gua Musang.

Projek Sekolah Rintis di bawah kendalian Penyelaras Sekolah Rintis, Tn Hj Mohammad Shamsuddin Jamiran yang mengutamakan pembangunan dan pemantapan kecemerlangan pendidikan kepada ibubapa dan anak-anak. Antara program yang dilaksanakan ialah Program Kelas Dewasa Asli Peribumi (KEDAP), Program KAP, Program Keceriaan Sekolah dan Program Pembangunan Insaniah.
Kelihatan En Nor Anuwar Hamat, Pensyarah Seni, Jabatan Kajian Sosial IPGM Kota Baru sedang mewawancara sebahagian ibubapa bagi mendapatkan pandangan bagi pemantapan kecemerlangan pendidikan anak-anak.
Rata-rata ibubapa orang Asli di Kg Tohoi menghargai tunjuk ajar daripada guru-guru bagi memajukan diri mereka dan juga anak-anak mereka. Daripada soslselidik kepada ibubapa yang diedarkan, paling ramai ibubapa mahukan anak-anak mereka belajar bersungguh-sungguh hingga ke sekolah menengah untuk menjadi guru. Diikuti oleh polis dan jururawat. Mereka tidak mahu anak-anak mereka ketinggalan dalam arus pembangunan.

No comments:

Post a Comment