Friday, April 17, 2009

LAWATAN KE SEKOLAH PUSAT SEK KEB PULAU BUM-BUM, SEMPORNA, SABAH


Rombongan Jawatankuasa Pensiangan-Salinatan IPGM Kampus Kota Bharu, Kelantan telah mengadakan lawatan penanda aras perlaksanaan program Pensiangan-Salinatan oleh IPGM Kampus Tawau, Sabah di Sekolah Pusat Sekolah Kebangsaan Pulau Bum-Bum, Tawau, Sabah pada 17hb April 2009.
Rombongan ke Sekolah Pusat Sk Pulau Bum-Bum diketuai oleh En Hanif Hassan, Penyelaras Pensiangan-Salinatan IPGM Kampus Tawau bersama dengan En Mazania Kasimin, Pn Hapsah Magit dan Pn Anna.
Pemandangan di sekeliling Pulau Bum-Bum amat cantik dengan kebiruan lautan.
Bergambar di hadapan Sekolah Pusat SK Bum-Bum, Semporna, Sabah
Penolong Kanan Pentadbiran, Hj Anuwar Hj Ali menyampaikan taklimat menjelaskan serba sedikit tentang Sekolah Pusat SK Pulau Bum-Bum. Sekolah ini dinamakan Sekolah Pusat SK Pulau Bum-Bum kerana ia mengumpulkan murid-murid dari 5 buah Sekolah Kurang Murid dari pulau-pulau berhampiran ke Sekolah Pusat SK Pulau Bum-Bum, iaitu Pulau Omadal, Pulau Menampilik, Pulau Larapan, Pulau Denawan dan Pulau Selakan. Semua murid dari pulau-pulau tadi akan tinggal di asrama.
Penyampaian Taklimat Oleh Tn Hj Anuwar Hj Ali, Penolong Kanan Pentadbiran. Beliau Berasal dari Kg Dewan Besar, Batu 23, Labok, Macahang. Telah bemastautin selama 25 tahun di Semporna Sabah. Katanya seronok tinggal di Sabah.
Perjalanan ke Sekolah Pusat SK Pulau Bum-Bum begitu menyeronokkan. Memerlukan kita menggunakan 3 kenderaan, iaitu kereta atau bas dari Tawau atau Semporna. Menaiki bot dari Jeti Palimbang ke Jeti Pulau Bum-Bum. Perjalanannya dekat sahaja, lebih kurang 15 minit sahaja. Dari Jeti Pulau Bum-Bum, untuk ke sekolah kita perlu menaiki bas (sebenarnya van) yang memakan masa antara 30 hingga 35 minit.

Kelihatan Pengarah IPGM Kampus Kota Bharu, En Hashim Deraman bersama ahli rombongan bergambar sewaktu menaiki bot ke Pulau Bum-Bum. En. Mohd Hasbi (sebelah pengarah) nampak begitu segak sekali.
Guru Besar Sekolah Pusat SK Pulau Bum-Bum, En Salasa Bin Mohd Sabar menyatakan rasa bangganya dikunjungi oleh rombongan IPGM Kampus Kota Bharu. Beliau pernah belajar selama setahun di IPGM Kampus Kota Bharu (dahulunya dikenali sebagai KBTC) dalam kursus KSPK Pengajian Melayu pada tahun 1992.

Mengikut Guru Besar, prestasi akademik sekolah beliau kurang menyerlah, tetapi amat menyerlah dari segi ko-kurikulum. Contohnya, pasukan bola jaring Sekolah Pusat SK Pulau Bum-Bum mewakili Sabah dalam Pertandingan Bola Jaring Peringkat Kebangsaan di Perak pada 2008 dan mencapai tempat separuh akhir. Begitu juga dengan permainan bolasepak dan olahraga. Sekolah Pusat SK Pulau Bum-Bum digeruni lawan, seringkali muncul Johan peringkat Daerah Semporna.

Thursday, April 16, 2009

KHIDMAT KOMUNITI UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KE SEKOLAH KEBANGSAAN BAHAGIA, KUALA KRAI

Pasukan Unit Beruniform Pandu Puteri KPLI Ambilan Januari 2009 IPGM Kampus Kota Bharu dengan kerjasama Jawatankuasa Pensiangan-Salinatan telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat di Sek Keb Bahagia, Kuala Krai. Sek Keb Bahagia ialah Sekolah Angkat IPGM Kampus Kota Bharu melalui Program Pensiangan-Salinatan pada 25 dan 26 Februari 2009.Kelihatan Pn. Maziah Rasyid, Pn Murni Deraman, Pn Ros Ayu Abdullah, Pn Siti Rahaimah Ali, Pn Zaini Abd Rahman dengan pelajar-pelajar KPLI bertungkus lumus menyiapkan Pusat Sumber Sek Keb Bahagia, Kuala Krai.

Objektif program ini ialah mengharapkan agar para guru pelatih Unit Beruniform Pandu Puteri dapat memenuhi Sukatan Kurikulum Program Khidmat Masyarakat Pandu Puteri Kadet KPLI, dapat menjalinkan kerjasama antara Program Sekolah Angkat Pensiangan-Salinatan yang memerlukan bantuan dengan unit beruniform Pandu Puteri, dapat berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan bantuan, dapat memupuk kerjasama, semangat setiakawan dan tolak ansur antara satu sama lain, dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi apa jua cabaran dan bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan orang lain dan dapat menanam nilai-nilai murni dalam diri ahli Pandu Puteri sejajar dengan prinsip-prinsip Pandu Puteri
 En Hasrimi Mohamed, Pegawai Pustakawan IPGM bersama-sama melakukan kerja-kerja penyusunan dan menkatalog buku
Hasil kerja Pelatih KPLI Pendidikan Seni Visual di Kelas Pra Sekolah
Pelatih KPLI menceria dengan menconteng gambar dan abjad di kelas Pra Sekolah
Kecerian Persekitaran Meningkat Mood Pembelajaran
Pensyarah Penasihat Pandu Puteri bergambar beramai-ramai setiba di Jeti Kuala Krai dari Kota Bharu. Mana kapalnya? Kami tak sabar nak ke Kg Bahagia... Kata Pn Murni Deraman, Ketua Unit Pengajian Sosial. Ada juga yang takut dan berpegang kuat di tepi bot. Setelah bot bergerak, seronok pulak... Pengalaman pertama saya ni, kata Cik Asniza, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat.
Ketua Program Khas Institut, En Ismail Jaafar memantau berbincangan antara para guru dengan pensyarah penasihat Pandu Puteri. Program Khidmat Komuniti adalah kurikulum wajib unit berunoform.
Hanya Bot yang menghubungkan Kuala Krai dengan Kg Bahagia. Pengalaman yang menarik bagi para guru pelatih.
En Ismail Jaafar, para pensyarah penasihat, guru pelatih bergambar kenangan beramai-ramai bersama En Lau Chin Chua.
Wakil Pelatih Pandu Puteri menyampaikan cenderahati kepada En Lau Chin Chua, Guru Besar Sek Keb Bahagia. Terima kasih daun keladi... Hubungan yang rapat akan mewujudkan persekitaran kondusif bagi Pnp dan Keceriaan SK Bahagia dan juga peluang pembelajaran luar bilik darjah bagi para pelatih KPLI.

Wednesday, April 15, 2009

LAWATAN PENANDA ARAS KE SK MEROTAI KECIL, TAWAU, SABAH

( En Hashim Deraman, Pengarah IPGM Kampus Kota Bharu bersama Guru Besar dan Hj Nordin )
Rombongan Lawatan Penanda Aras IPGM Kampus Kota Bharu telah mengadakan lawatan Penanda Aras Program Pensiangan-Salinatan ke Sek Keb Merotai Kecil, Tawau, Sabah pada 16 April 2009. Sepanjang lawatan kami diiringi oleh beberapa orang pensyarah IPGM Kampus Tawau, yang diketuai oleh Hj Nordin Hj Bula.
( En Hashim Deraman bersama cenderahati dari Guru Besar SK Merotai Kecil, Tawau )
Lawatan kami disambut oleh En. Dahlan Hj Suman, Guru Besar SK Merotai Kecil, Tawau dan guru-gurunya. Sk Merotai Kecil, Tawau adalah sebuah sekolah ladang dengan bilangan murid seramai 152 orang. Bilangan guru seramai 18 orang dan bilangan kakitangan bukan mengajar seramai 2 orang. Kebanyakan murid yang belajar di sini adalah dari suku kaum Bugis. Bergambar bersama-sama di hadapan SK Merotai Kecil, Tawau

Sek Keb Merotai Kecil, Tawau telah wujud semenjak dari tahun 1940an lagi. Dibina sebagai sekolah yang diurus oleh pihak ladang. Sewaktu Jepun menduduki Malaysia, sekolah telah dijadikan Markas Tentera Jepun dan kembali dijadikan sekolah apabila Jepun menyerah kalah. Mengikut guru besar, bangunan yang dibina lebih daripada 60 tahun telah dikenal pasti tidak selamat, namun tiada pilihan bagi mempastikan para murid mendapat pendidikan.

Banyak masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah, khususnya dari segi kokurikulum (tiada kemudahan padang permainan), namun pihak sekolah sentiasa berusaha untuk mempastikan pendidikan dapat berjalan lancar dan para murid mendapat masa depan yang lebih cerah. Bantuan daripada pihak IPGM Kampus Tawau banyak membantu meningkatkan prestasi UPSR Sek Keb Merotai Kecil, Tawau.

LAWATAN KE IPGM KAMPUS TAWAU, SABAH

Jawatankuasa Program Khas Institut, IPGM telah mengadakan lawatan penanda aras ke IPGM Kampus Tawau, Sabah dari 14 April hingga 18 April 2009. Seramai 10 orang pensyarah termasuk Pengarah IPGM Kampus Kota Bharu, En Hashim Bin Deraman sebagai ketua rombongan.
Lawatan Penanda Aras Program Pensiangan-Saalinatan ini adalah bagi meletakkan penanda arasan bagi Program Pensiangan-Salinatan bersama IPGM Kampus Tawau, Sabah.

Aturcara lawatan adalah seperti berikut ;

  1. Aturcara 14 April 2009 (Selasa) - Perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Tawau, Sabah (Melalui LCCT Sepang)
  2. Aturcara 15 April 2009 (Rabu) - Lawatan ke Kampus, IPGM Kampus Tawau, Mesyuarat dan dialog bersama Jawatankuasa Pensiangan-Salinatan IPGM Kampus Tawau, Sabah.
  3. Aturcara 16 April 2009 (Khamis) - Lawatan ke Sek Merotai Kecil, Tawau, Sabah. Sekolah Angkat Pensiangan-Salinatan IPGM Kampus Tawau, Sabah.
  4. Aturcara 17 April 2009 (Jumaat) - Lawatan ke Sekolah Pulau di Semporna, Sabah.
  5. Aturcara 18 april 2009 (Sabtu) - Perjalanan dari Tawau, Sabah ke Kota Bharu, Kelantan(Melalui LCCT, Sepang)
Lawatan ke Tawau, Semporna dan Pulau Bum-Bum dilakukan.

Monday, April 13, 2009

SEHARI BERSAMA ANGKASAWAN NEGARA DI SEKOLAH KEBANGSAAN BAHAGIA, KUALA KRAI, KELANTAN

Gambar di Utusan Malaysia pada 13 April 2009.
Orang turun dari langit dibawa untuk memajukan masyarakat Kg Bahagia
Program Sehari Bersama Angkasawan Negara Sempena Kempen Membaca adalah program anjuran bersama IPGM Kampus Kota Bharu, Kelantan dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia di Sek Keb Bahagia, Kuala Krai. IPGM Kampus Kota Bharu digerakkan oleh Program Sekolah Angkat Pedalaman (Pensiangan Salinatan) dengan kerjasama Pusat Sumber IPGM Kampus Kota Bharu. Pihak lain yang turut membantu ialah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuala Krai, KESEDAR Wilayah Kuala Krai (Pejabat Operasi Kg Bahagia), Pihak PDRM Kuala Krai dan Masjid Kg Bahagia.

Objektif membawa Datuk Dr Syeikh Mudzafar Syukor ialah untuk membangkitkan semangat para pelajar, memberi sokongan motivasi kepada mereka, juga kepada ibubapa dan komuniti setempat. Pedalaman tidak beerti pengabaian, perlu dirapatkan jurang pendidikan agar desa dan bandar sama-sama menjayakan aspirasi negara.




Dr Syeikh Mudzafar Syukor bersama En Hashim Deraman -Pengarah IPGM Kampus Kota Bharu. En Raslin Abu Bakar - Ketua Pengarah PNM, En Lau Chin Chua - Guru Besar SK Bahagia, Turut kelaihatan ialah En Abdullah Zawawi Che Mat

Sekolah Kebangsaan (SK) Bahagia, Kuala Krai adalah Sekolah Angkat Pedalaman, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Kota Bharu, Kelantan. Pada tanggal 12hb April 2009 baru-baru ni, IPGM Kampus Kota Bharu dengan kerjsama Perpustakaan Negara Malaysia telah membawa ikon hebat rakyat Malaysia iaitu Datuk Dr. Sheikh Mudzafar Syukor al-Masrie, Angkasawan Negara ke Sek Keb Bahagia. Terima kasih kepada Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), En. Raslin Abu Bakar yang percaya bahawa jurang pendidikan bandar dan luar bandar perlu dirapatkan dengan menggalakkan para murid dan ibubapa mencintai ilmu iaitu melalui penggalakkan membaca dengan perkongsian pintar melancarkan Kempen Membaca khusus bagi masyarakat pedalaman.


Dr Syeikh Mudzafar menyampaikan ceramah motivasi. Mendorong murid-murid meminati bidang sains dan teknologi - khususnya aeroangkasa

Kelihatan, Datuk Dr Syeikh Mudzafar Syukor (Dr SMS) sedang menyampaikan ceramah kepada para ibubapa, para guru, para murid Sek Keb Bahagia dan kepada kurang lebih 200 orang murid dari sekolah-sekolah menengah dan rendah dari sekitar daerah Kuala Krai. Ramai murid yang mengambil kesempatan untuk bertanya rahsia-rahsia kejayaan Dr SMS samada di ISIS atau dalam pelajaran. Dr SMS begitu ramah dan begitu ikhlas dalam menjawab soalan-soalan bagi memotivasikan para murid. Antara motivasi oleh Dr SMS ialah agar mengutamakan pelajaran dalam bidang sains dan matematik, sayang ibubapa, jangan merokok dan amalkan cara hidup sihat.

Rombongan Angkasawan Negara disambut dengan pertunjukan Pencak Silat oleh Murid SK Bahagia dan Belia Kg Bahagia

Murid-murid begitu seronok mendengar ceramah motivasi dari Datuk Dr. Syeikh Mudzafar Syukor (yang juga dikenali dengan nama cun Dr SMS) yang begitu 'caring' dan 'loving' dengan budak-budak. Ramai juga cikgu-cikgu yang terpegun, tergamam dan terjatuh cinta dengan 'the handsome and the charming astronaut'. Guru Besar SK Bahagia dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa Dr SMS sebagai "suai cin-cin" bermaksud handsome dan lawa dalam bahasa Thai, manakala pengacara majlis En Ishak Ibrahim pula menggambarkannya sebagai "oghe comel" yang membawa makna sama dalam loghat Kelantan.

Masing-masing tidak melepas peluang untuk bergambar dengan Angkasawan Negara. Lebih melucukan ada juga yang 'terpelehot kasut tumit tinggi' jatuh tangga pentas waktu bertolak-tolak nak bergambar dengan Dr. SMS - cikgu pulak tu. Buat malu kat anak murid je, nasib baik bukan pensyarah IPGM Kota Bharu.