Thursday, April 16, 2009

KHIDMAT KOMUNITI UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KE SEKOLAH KEBANGSAAN BAHAGIA, KUALA KRAI

Pasukan Unit Beruniform Pandu Puteri KPLI Ambilan Januari 2009 IPGM Kampus Kota Bharu dengan kerjasama Jawatankuasa Pensiangan-Salinatan telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat di Sek Keb Bahagia, Kuala Krai. Sek Keb Bahagia ialah Sekolah Angkat IPGM Kampus Kota Bharu melalui Program Pensiangan-Salinatan pada 25 dan 26 Februari 2009.Kelihatan Pn. Maziah Rasyid, Pn Murni Deraman, Pn Ros Ayu Abdullah, Pn Siti Rahaimah Ali, Pn Zaini Abd Rahman dengan pelajar-pelajar KPLI bertungkus lumus menyiapkan Pusat Sumber Sek Keb Bahagia, Kuala Krai.

Objektif program ini ialah mengharapkan agar para guru pelatih Unit Beruniform Pandu Puteri dapat memenuhi Sukatan Kurikulum Program Khidmat Masyarakat Pandu Puteri Kadet KPLI, dapat menjalinkan kerjasama antara Program Sekolah Angkat Pensiangan-Salinatan yang memerlukan bantuan dengan unit beruniform Pandu Puteri, dapat berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan bantuan, dapat memupuk kerjasama, semangat setiakawan dan tolak ansur antara satu sama lain, dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi apa jua cabaran dan bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan orang lain dan dapat menanam nilai-nilai murni dalam diri ahli Pandu Puteri sejajar dengan prinsip-prinsip Pandu Puteri
 En Hasrimi Mohamed, Pegawai Pustakawan IPGM bersama-sama melakukan kerja-kerja penyusunan dan menkatalog buku
Hasil kerja Pelatih KPLI Pendidikan Seni Visual di Kelas Pra Sekolah
Pelatih KPLI menceria dengan menconteng gambar dan abjad di kelas Pra Sekolah
Kecerian Persekitaran Meningkat Mood Pembelajaran
Pensyarah Penasihat Pandu Puteri bergambar beramai-ramai setiba di Jeti Kuala Krai dari Kota Bharu. Mana kapalnya? Kami tak sabar nak ke Kg Bahagia... Kata Pn Murni Deraman, Ketua Unit Pengajian Sosial. Ada juga yang takut dan berpegang kuat di tepi bot. Setelah bot bergerak, seronok pulak... Pengalaman pertama saya ni, kata Cik Asniza, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat.
Ketua Program Khas Institut, En Ismail Jaafar memantau berbincangan antara para guru dengan pensyarah penasihat Pandu Puteri. Program Khidmat Komuniti adalah kurikulum wajib unit berunoform.
Hanya Bot yang menghubungkan Kuala Krai dengan Kg Bahagia. Pengalaman yang menarik bagi para guru pelatih.
En Ismail Jaafar, para pensyarah penasihat, guru pelatih bergambar kenangan beramai-ramai bersama En Lau Chin Chua.
Wakil Pelatih Pandu Puteri menyampaikan cenderahati kepada En Lau Chin Chua, Guru Besar Sek Keb Bahagia. Terima kasih daun keladi... Hubungan yang rapat akan mewujudkan persekitaran kondusif bagi Pnp dan Keceriaan SK Bahagia dan juga peluang pembelajaran luar bilik darjah bagi para pelatih KPLI.

No comments:

Post a Comment