Thursday, February 11, 2010

Dialog Jawatankuasa Pedagogi Peribumi Bersama YB Senator Mohamad Olian Abdullah

Pada 11 Feb 2010, bertempat di IPG Kampus Ampuan Afzan, Kuala Lipis telah diadakan Majlis Mesyuarat dan Dialog oleh Jawatankuasa Pedagogi Peribumi bersama YB Senator Mohamad Olian Abdullah. YB Senator Mohamad Olian Abdullah ialah ahli Dewan Negara yang dilantik bagi menjaga hal ehwal kebajikan masyarakat orang Asli.
Jawatankuasa Bergambar Bersama YB Senator Mohamad Olian Abdullah

Majlis Mesyuarat dan Dialog ini adalah landasan dua hala bagi merangka pembangunan bersepadu pedagogi peribumi yang diamanahkan kepada institut Pendidikan Guru (IPG). IPG Kampus Kota Bharu diwakili oleh Tuan Pengarah, En Hashim Deraman, Dr Aziz Mohd Din dan Hj Muhammed Nata Mohammad. IPG Kampus Kota Bharu adalah inkubator dan Pusat Kecemerlangan Pedgogi Zon Timur.

Rakan Sinergi IPG adalah terdiri daripada wakil-wakil IPTA, iaitu Prof. Datuk Dr. Hood Salleh (UKM), Prof. Dr. Abd. Hamid Mahmood (UPSI), Dr. Hj Mohd Sharifudin Yusof (UPM), Pn. Hasmah Abd. Manaf (SUHAKAM), Hj Mohd Umbiak Ishak (KPM), Hj Murat (JPN Pahang), Pn. Naziah Osman (JHEOA) dan YBhg. Datuk Omar Othman, mantan EXCO Pembangunan Orang Asli Pahang. Majlis mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg Datuk Mazlan Mohammad, Pengarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.

YB Senator Mohamad Olian Abdullah mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Jawatankuasa yang bertindak membangunkan dan menggerakkan Jawatankuasa Pedagogi Peribumi Kebangsaan yang membantu membangunkan pedagogi pendidikan anak-anak orang Asli. Beliau juga menyatakan iltizamnya untuk terus berusaha membantu masyarakat orang Asli dengan membangunkan pendidikan orang Asli hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Monday, January 11, 2010

IPGM Kampus Kota Bharu Jadi Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi

IPGM Kampus Kota Bharu telah dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendidikan Guru (BPG) sebagai Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Zon Timur.

Saturday, August 22, 2009

PANORAMA SEHARI BERSAMA ANGKASAWAN NEGARA DI SK BAHAGIA, KUALA KRAI



Pada 12 April 2009, IPGM Kampus Kota Bharu dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah membawa Angkasawan Pertama Negara, Datuk Dr Syeikh Mudzafar Syukor ke SK Bahagia, Kuala Krai. SK Bahagia ialah Sekolah Angkat IPGM Kampus Kota Bharu. Berikut adalah panorama-panorama menarik sekitar program tersebut.
Sidang Media.
Dr SMS menyampaikan motivasi dan sesi dialog bersama para murid, guru dan ibubapa
En Hashim Deraman, Pengarah IPGM Kampus Kota Bharu menyampaikan cenderahati kepada Dr SMS
Ybhg Datuk RAzlin menyampaikan sumbangan buku kepada Pusat Sumber IPGM Kampus Kota Bharu
Majlis Perasmian Program Sehari Bersama Angkasawan Negara
YBhg Ketua Pengarah PNM menyampaikan ucapan
YBhg Pengarah IPGM Kampus Kota Bharu menyampaikan ucapan alu-aluan mewakili IPGM
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sudi hadir bagi bersama-sama membangunkan pendidikan masyarakat luar bandar, khususnya dalam merapatkan jurang pembangunan pendidikan anak-anak kita.
En Lau Chin Chua @ Cikgu Rosid... Datuk Dr SMS ni, kalau dalam bahasa siam dia kata ... 'suai cin-cin'
Iman Muda Kg Bahagia memimpin bacaan doa. Semoga program yang elok ini diberkati Allah swt dan masyarakat Kg Bahagia mendapat rahmat dan keberkatannya.
En Ishak Ibrahim, pengacara No 1. Datuk Dr SMS ni, oghe Kelate panggil... Oghe comel.
Berdiri menghormati Nyanyian lagu Negaraku.
Pemeriksaan Kawalan Kehormatan. PBSM dan Pengakap. Siapa nama?...
YBhg Datuk Razlin dan Datuk Dr SMS memeriksa Kawalan Kehormatan.
Baris... Baris... Sedia.
Assalamualaikum Datuk... Selamat Datang ke SK Bahagia.
Tidak melepaskan peluang, bersalaman dengan Datuk Dr SMS. ...Sejuknya tangan.
Eeee. Handsomenya.
Pendaftaran peserta.
Pendaftaran wakil Sekolah-Sekolah Menengah dan Rendah Sekitar Kuala Krai.
Dua Ketua Jabatan ni, berpecah tiada...
Tiup serunai bersilat... Warisan budaya.
Gocoh sikit-sikit sudah la. Bukan lawan betul. acah-acah je.
Tak sampai lagi... Agaknya, keluhan En Mohd Syukri Mat Yaakob. Pensyarah Seni.
En Abdullah Derahman - KJ Kajian Sosial bertali leher. Handsome dan segak sekali.
Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Tahap 1.
Asyik dan tekun mendengar nasihat Datuk Dr. SMS
Aku nak ambik gambar ngan Syeikh Muzafar... He He He
Dua ekor lembu untuk jamuan penduduk Kampung Bahagia. Gotong royong... Suasana pemuafakatan dalam membangunkan pendidikan anak-anak.
Persembahan oleh PPISMP Muzik.
Lagu ini saya tujukan buat Datuk Dr Syeikh Mudzafar. HeHeHe.
Koir murid-murid tahun 4 SK Bahagia.
Dua lagu. Lagu Sekolah dan Lagu Membaca Budaya Kita. Hebat-hebat...
Kumpulan Kompang PPISMP Muzik. Segak bergaya... Menunggu Ketibaan VVIP.
En Kamaruddin Yusoff, Ketua Unit Muzik, IPGM Kampus Kota Bharu bersama guru pelatih PPISMP Muzik. Posing sewaktu menunggu ketibaan Datuk Dr SMS. En Din peminat No 1, Datuk Dr Syeikh Mudzafar.

Bergambar bersama murid-murid SK Bahagia... Boleh ke saya nak jadi anak angkat Cikgu? Boleh.
En Ishak posing di Batu Asas Tangga Krai.
Latihan Koir. Tekunnya berlatih. Semua ikut saya... SK Bahagia... Sekolahku...
Di Jeti Kg Bahagia...
En Abdullah Deraman... The Dedicational and Motivational KJ. Tahniah atas kejayaan membawa Datuk Dr Syeikh Mudzafar ke Kg Bahagia. Semua orang cemburu... Ada ke bawa ke pedalaman... Bawa la ke KB ke??? Ramai boleh participate... Kita bawa ke Kg Bahagia supaya Datuk Syeikh Mudzafar dan rombongan BAHAGIA...

Friday, August 21, 2009

PESTA REGATTA LEPA-LEPA DI SEMPORNA, SABAH



Bergambar di hadapan Lepa-Lepa.


Regatta Lepa-Lepa ialah untuk memilih Lepa (perahu tradisional Bajau Laut yang dibuat menggunakan tangan) yang paling cantik seni binaanya, yang paling cantik hiasannya, yang paling menyerlah di gigi air sewaktu dibariskan untuk diadili oleh para hakim. Dia atas dek lepa-lepa kelihatan gadis tradisional senyum menari sambil diiringi oleh muzik tradisional Kulingtangan.

Daya penarik utama dalam kalendar pelancongan Sabah dan juga Malaysia, ialah Pesta Perahu Lepa-Lepa atau Regatta Lepa-Lepa, Sabah. Pesta Lepa-Lepa adalah seperti Pesta perahu berhias yang menjadi kebanggaan masyarakat Bajau Laut di Semporna. Berkebetulan dengan lawatan Penanda Aras Program Pensiangan-Salinatan ke Semporna, Sabah kami sempat menyaksikan pesta tersebut yang berlangsung pada 17 dan 18 April 2008.
Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Puan Narita Mohd Nor tak lepas peluang bergambar dengan Perahu Lepa-Lepa Semporna. Pesta Air Perahu Lepa-Lepa adalah pesta suku kaum Bajau Laut yang merupakan suku kaum terbesar di Semporna. Perahu Lepa-Lepa dihias cantik dengan bendera warna-warni. Ianya melibatkan setiap kampung dari semua kawasan di sempurna, termasuk di pulau-pulau yang bertaburan di Semporna, Sabah. Semua ahli keluarga berkampung di dalam perahu Lepa-Lepa sepanjang Pesta Lepa-Lepa dan bersukaria dengan menari-nari sambil memainkan alat muzik Kulingtangan.

Sunday, August 16, 2009

Program KEDAP Fasa 3 2009 di SK Penderas, Kuala Krau, Pahang

Pada 29 - 30 Julai 2009, bertempat di SK Penderas, Kuala Krau, Temerloh, Pahang telah berlangsungnya Majlis Perasmian Program KEDAP 2009 (Fasa 3) oleh Y.B. Dato' Haji Ismail Haji Mohamed Said, Ahli Parlimen Kuala Krau. Program KEDAP dipengerusikan oleh YBrs Datuk Mazlan Mohammad, Pengarah IPGM Kampus Ampuan Afzan, Kuala Lipis.
Majlis Berkhatan
Majlis Sewang. Kononnya merawat ahli keluarga yang sakit. Yang terbaring tu Yang Dipertua (YDP) PIBG SK Penderas. Orangnya mesra sekali...
Tarian Sewang... Menari-nari mengelilingi pesakit sambil membaca mantera.

En Ismail Jaafar, Ketua Program Khas IPGM kampus Kota Bharu yang merupakan Pengerusi bagi Jawatankuasa Pensiangan Salinatan IPGM Kampus Kota Bharu bergambar bersama Tok Batin dan Halak (pawang) suku Jahut di Kg Penderas, Kuala Krau.

Satu daripada amalan suku Jahut ialah berkhatan. Tidak semua suku orang Asli yang mengamalkan berkhatan. Suku Jahut mengamalkan berkhatan seperti adat orang Melayu. Majlis berkhatan ini dipersembahkan bagi dokumentasi sempena majlis perasmian KEDAP 2009. Kelihatan YBhg Datuk Mazlan bersama En Ismail di atas rumah balai suku Jahut. Rumah balai ini dibina khas bagi setiap kali acara berkhatan dilakukan.


Kaum kerabat, saudara mara dan sahabat handai dijemput hadir ke majlis berkhatan. Sebuah rumah tradidional yang dikenali sebagai 'Rumah Balai' dibina bagi majlis berkhatan. Sungguh meriah di kalangan orang asli Jahut dan juga penduduk sekitar.

Keramahan orang asli Jahut melayan tetamu. Jamuan buah-buahan adalah suatu kemestian dan kebuetulan musim durian dan dokong. maka berpestalah para peserta Kedap dengan buah-buah tempatan.

Cik Gu Ariffin Ismail -
Guru KEDAP Yang Dedikasi
Sungguh bertuah bertandang ke SK Penderas. Seorang sahabat lama dari Kuala Krai iaitu Cikgu Ariffin Ismail yang tidak bertemu sekian lama rupa-rupa berperap menabur bakti di sini. Beliau adalah anak jati Kuala Krai, Kelantan yang menjadi guru JHEOA di Gua Musang, Kelantan sewaktu sekolah-sekolah orang Asli dikelolakan oleh JHEOA. Beliau amat-amat mahir dalam bahasa suku Temiar. Lama bertugas di Post Simpol dan Tohoi. Apabila Kementerian Pelajaran menyerap Sekolah JHEOA, beliau ditempatkan mengajar di SK Penderas, Kuala Krau. Sudah 14 tahun beliau di SK Penderas. Apabila saya mengajukan soalan, bertanya bila nak mohon balik ke Kelantan? Belum terlintas lagi katanya. Setelah diselidiki, rupanya beliau amat seronok menabur bakti, membangunkan masyarakat orang Asli di sini.
Dengan bangganya, beliau menyatakan hasil kerja kuat para guru, seramai 4 orang murid orang Asli SK Penderas mendapat 5A UPSR pada 2008 dan 3 orang pada 2007. Tahun 2008 juga, SK Penderas telah memenangi banyak anugerah seperti sekolah harapan negara kategori Sekolah Orang Asli.
Di sini, Cikgu Ariffin tidak sahaja mengajar anak-anak Orang Asli, tetapi juga mengajar ibubapa murid orang Asli iaitu melalui Program Kelas Dewasa Asli Peribumi (Kedap). Para ibubapa telah pandai membaca, menulis dan mengira di bawah bimbingan Cikgu Ariffin dan dua orang guru lain yang dilatih khusus bagi mengajar para ibubapa.
Kelihatan Cikgu Ariffin Ismail bergambar bersama-sama En Ismail Jaafar dan para peserta KEDAP.

Beliau dengan tekun tanpa jemu memberi tunjuk ajar kepada para peserta KEDAP. Dulu saya langsung tidak pandai baca encik, kemudian boleh sikit-sikit. Sekarang saya dah boleh baca. Cikgu Ariffin lah ajar kami. Terima kasih cikgu Ariffin... kata-kata peserta KEDAP.

Pengalaman di SK Penderas amat-amat berharga sekali. Terutama bertemu Cikgu Ariffin yang gigih mendidik anak bangsa. Yang menyahut seruan kerajaan bagi membangunkan pendidikan masyarakat tanpa perbezaan keturunan, agama dan warna kulit. Tabik buat guru-guru SK Penderas, especially buat Cikgu Ariffin Ismail.