Thursday, February 11, 2010

Dialog Jawatankuasa Pedagogi Peribumi Bersama YB Senator Mohamad Olian Abdullah

Pada 11 Feb 2010, bertempat di IPG Kampus Ampuan Afzan, Kuala Lipis telah diadakan Majlis Mesyuarat dan Dialog oleh Jawatankuasa Pedagogi Peribumi bersama YB Senator Mohamad Olian Abdullah. YB Senator Mohamad Olian Abdullah ialah ahli Dewan Negara yang dilantik bagi menjaga hal ehwal kebajikan masyarakat orang Asli.
Jawatankuasa Bergambar Bersama YB Senator Mohamad Olian Abdullah

Majlis Mesyuarat dan Dialog ini adalah landasan dua hala bagi merangka pembangunan bersepadu pedagogi peribumi yang diamanahkan kepada institut Pendidikan Guru (IPG). IPG Kampus Kota Bharu diwakili oleh Tuan Pengarah, En Hashim Deraman, Dr Aziz Mohd Din dan Hj Muhammed Nata Mohammad. IPG Kampus Kota Bharu adalah inkubator dan Pusat Kecemerlangan Pedgogi Zon Timur.

Rakan Sinergi IPG adalah terdiri daripada wakil-wakil IPTA, iaitu Prof. Datuk Dr. Hood Salleh (UKM), Prof. Dr. Abd. Hamid Mahmood (UPSI), Dr. Hj Mohd Sharifudin Yusof (UPM), Pn. Hasmah Abd. Manaf (SUHAKAM), Hj Mohd Umbiak Ishak (KPM), Hj Murat (JPN Pahang), Pn. Naziah Osman (JHEOA) dan YBhg. Datuk Omar Othman, mantan EXCO Pembangunan Orang Asli Pahang. Majlis mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg Datuk Mazlan Mohammad, Pengarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.

YB Senator Mohamad Olian Abdullah mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Jawatankuasa yang bertindak membangunkan dan menggerakkan Jawatankuasa Pedagogi Peribumi Kebangsaan yang membantu membangunkan pedagogi pendidikan anak-anak orang Asli. Beliau juga menyatakan iltizamnya untuk terus berusaha membantu masyarakat orang Asli dengan membangunkan pendidikan orang Asli hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment