Wednesday, April 15, 2009

LAWATAN PENANDA ARAS KE SK MEROTAI KECIL, TAWAU, SABAH

( En Hashim Deraman, Pengarah IPGM Kampus Kota Bharu bersama Guru Besar dan Hj Nordin )
Rombongan Lawatan Penanda Aras IPGM Kampus Kota Bharu telah mengadakan lawatan Penanda Aras Program Pensiangan-Salinatan ke Sek Keb Merotai Kecil, Tawau, Sabah pada 16 April 2009. Sepanjang lawatan kami diiringi oleh beberapa orang pensyarah IPGM Kampus Tawau, yang diketuai oleh Hj Nordin Hj Bula.
( En Hashim Deraman bersama cenderahati dari Guru Besar SK Merotai Kecil, Tawau )
Lawatan kami disambut oleh En. Dahlan Hj Suman, Guru Besar SK Merotai Kecil, Tawau dan guru-gurunya. Sk Merotai Kecil, Tawau adalah sebuah sekolah ladang dengan bilangan murid seramai 152 orang. Bilangan guru seramai 18 orang dan bilangan kakitangan bukan mengajar seramai 2 orang. Kebanyakan murid yang belajar di sini adalah dari suku kaum Bugis. Bergambar bersama-sama di hadapan SK Merotai Kecil, Tawau

Sek Keb Merotai Kecil, Tawau telah wujud semenjak dari tahun 1940an lagi. Dibina sebagai sekolah yang diurus oleh pihak ladang. Sewaktu Jepun menduduki Malaysia, sekolah telah dijadikan Markas Tentera Jepun dan kembali dijadikan sekolah apabila Jepun menyerah kalah. Mengikut guru besar, bangunan yang dibina lebih daripada 60 tahun telah dikenal pasti tidak selamat, namun tiada pilihan bagi mempastikan para murid mendapat pendidikan.

Banyak masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah, khususnya dari segi kokurikulum (tiada kemudahan padang permainan), namun pihak sekolah sentiasa berusaha untuk mempastikan pendidikan dapat berjalan lancar dan para murid mendapat masa depan yang lebih cerah. Bantuan daripada pihak IPGM Kampus Tawau banyak membantu meningkatkan prestasi UPSR Sek Keb Merotai Kecil, Tawau.

5 comments:

  1. sebagai bekas pelajar SK MEROTAI KECIl, saya sangat berbangga dengan sekolah tersebut. saya bersekolah di SKMKT dari tahun 1994 hingga tahun 2000. bagi saya, SK MEROTAI KECIL tetap menjadi sekolah rendah nombor 1. walaupun ada kekurangan, tape sekolah ini tidak terlatak begitu dekat dengan jalan raya, dan ini telah menjamin keselamatan murid2 sekolah ketika pergi dan balik dari sekolah.

    ReplyDelete
  2. saya sangat bangga dngan sekolah yg sdang saya mnuntut ilmu...walaupun ia dijamin tidak selamt,tetapi bagi saya sekolah ini ialah sekolah ynag pling selamat dan cantik......semua guru d sekolah ini semua baik2 belaka.saya pelajr dari SEKOLAH MEROTAI KECIL..sekarang saya brumur 11 tahun .sedang berada d tahun5.dan tahun dpan saya akn mnduduki UPSR...walaupun kami akn pindah ke skolah baru,tapi saya basa berat hati mniggalkan sekolah tmpat saya mnuntut ilmu selama 5 tahun..saya setuju dngan kputusan abng karim yang komen d atas bahawa skolah ini slamat krana amat jauh dari jlan raya,untuk mengelakkan kemalangan...saya amat trkjut apabila mngetahui sekolah SK MEROTAI KECIL tlah dbina pada thun 1940 lagi...ia juga pernah djdikan sebagai markas tntera JEPUN dan mnjadi skolah smula setalah JEPUN menyerah...walaupun ia tdak slamat ,namun guru sntiasa mahukan yng terbaik bagi setiap muridny......saya amattrharu....TAHUN LALU salah seorang murid sekola ini tlah mewakili daerah TAWAU ke pringkat NEGERI dan mndapat TEMPAT KEDUA dalam sukan bola sepak.....sekarang murid itu atupun dikenali sebagai hajizul atlet dan plajar contoh trbaik d sekolah belaJAr d sekolah sukan d KOTA KINABALU..sampai sini sajalah komen saya pda hari ini tentang SK MEROTAI KECIL.saya harap semua guru di sekolah ini tetap berusaha sedaya upaya untuk mendidik murid2nya dengan baik dan pnuh kasih sayang......HALMA BINTI MUHAMMAD.TAHUN 5 AL-FARABI.2014.

    ReplyDelete
  3. Wau....
    Hajizul smpai pringkat negeri.. Hebatnya dia..

    Saya kawan dia...
    Wan husanrah husin.. Dari darjah satu hingga darjah enam
    bersekolah dekat sekolah nie..
    Dulu kelas terakhir aku 6 ibnu sina first skali.. Pastu 6 al farabi... Sebab time tue dua kelas di kasi gabung..

    Banyak sangat kenangan manis dekat sekolah...nie.. Yang tak dapat aku lupakan..
    Ingat lagi dengan cikgu suardi.. Cikgu disiplin..haha semua pelajar takut dekat dia.. Time kelas bising...jadi pasar ikan.. Tinguk jak ada cikgu suardi limpas...semua jadi batu..ahah.. ...
    ^_^
    hha.. Rindu smua cikgu2 dekat sana..
    Sebenarnya aku nie sekampung dengan hazijul..
    Aku nie tua setahun dari hazijul nie ataupun lebih dikenali sebagai hajijul ataupun yusri.. Hha Dekat kampung kami..
    dulu dia.. nie kawan bermain aku...time kecik2 dulu
    Kami selalu bermain bola dengan dia.. Waktu2 petang ..hampir setiap hari...lha dikatakan
    Memang dekat kampung kami...dia lha budak yang paling hebat bermain bola...
    kampung kami kampung manusi...kampung yang berdekatan dengan merotai kecil...
    Tue...hhi
    Rindu sangat dekat tawau lha..

    Dekat sekolah tercinta..nie...
    Cikgu2...dia..
    Sekarang saya dha tinggal dekat sandakan.. Lebih kurang dha empat tahun dha tinggal kan tawau nie.. ...

    Bagi yang mengenali saya...saya ingin menyampai kan salam rindu dekat kamu....
    Dan tolong juga sampaikan dekat salam saya dekat cikgu2 kawan2 yang lain ya...bagi yang mngenali saya lha okey.... Makasi...guys.. Love u very2 much... .. :) ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wannnn. I found this in 2021. I need to reach you out. Can I get your phone number?

      Delete
  4. sekolah sy yang tersayang. sweet memories. sy lahir 88

    ReplyDelete