Monday, April 13, 2009

SEHARI BERSAMA ANGKASAWAN NEGARA DI SEKOLAH KEBANGSAAN BAHAGIA, KUALA KRAI, KELANTAN

Gambar di Utusan Malaysia pada 13 April 2009.
Orang turun dari langit dibawa untuk memajukan masyarakat Kg Bahagia
Program Sehari Bersama Angkasawan Negara Sempena Kempen Membaca adalah program anjuran bersama IPGM Kampus Kota Bharu, Kelantan dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia di Sek Keb Bahagia, Kuala Krai. IPGM Kampus Kota Bharu digerakkan oleh Program Sekolah Angkat Pedalaman (Pensiangan Salinatan) dengan kerjasama Pusat Sumber IPGM Kampus Kota Bharu. Pihak lain yang turut membantu ialah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuala Krai, KESEDAR Wilayah Kuala Krai (Pejabat Operasi Kg Bahagia), Pihak PDRM Kuala Krai dan Masjid Kg Bahagia.

Objektif membawa Datuk Dr Syeikh Mudzafar Syukor ialah untuk membangkitkan semangat para pelajar, memberi sokongan motivasi kepada mereka, juga kepada ibubapa dan komuniti setempat. Pedalaman tidak beerti pengabaian, perlu dirapatkan jurang pendidikan agar desa dan bandar sama-sama menjayakan aspirasi negara.




Dr Syeikh Mudzafar Syukor bersama En Hashim Deraman -Pengarah IPGM Kampus Kota Bharu. En Raslin Abu Bakar - Ketua Pengarah PNM, En Lau Chin Chua - Guru Besar SK Bahagia, Turut kelaihatan ialah En Abdullah Zawawi Che Mat

Sekolah Kebangsaan (SK) Bahagia, Kuala Krai adalah Sekolah Angkat Pedalaman, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Kota Bharu, Kelantan. Pada tanggal 12hb April 2009 baru-baru ni, IPGM Kampus Kota Bharu dengan kerjsama Perpustakaan Negara Malaysia telah membawa ikon hebat rakyat Malaysia iaitu Datuk Dr. Sheikh Mudzafar Syukor al-Masrie, Angkasawan Negara ke Sek Keb Bahagia. Terima kasih kepada Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), En. Raslin Abu Bakar yang percaya bahawa jurang pendidikan bandar dan luar bandar perlu dirapatkan dengan menggalakkan para murid dan ibubapa mencintai ilmu iaitu melalui penggalakkan membaca dengan perkongsian pintar melancarkan Kempen Membaca khusus bagi masyarakat pedalaman.


Dr Syeikh Mudzafar menyampaikan ceramah motivasi. Mendorong murid-murid meminati bidang sains dan teknologi - khususnya aeroangkasa

Kelihatan, Datuk Dr Syeikh Mudzafar Syukor (Dr SMS) sedang menyampaikan ceramah kepada para ibubapa, para guru, para murid Sek Keb Bahagia dan kepada kurang lebih 200 orang murid dari sekolah-sekolah menengah dan rendah dari sekitar daerah Kuala Krai. Ramai murid yang mengambil kesempatan untuk bertanya rahsia-rahsia kejayaan Dr SMS samada di ISIS atau dalam pelajaran. Dr SMS begitu ramah dan begitu ikhlas dalam menjawab soalan-soalan bagi memotivasikan para murid. Antara motivasi oleh Dr SMS ialah agar mengutamakan pelajaran dalam bidang sains dan matematik, sayang ibubapa, jangan merokok dan amalkan cara hidup sihat.

Rombongan Angkasawan Negara disambut dengan pertunjukan Pencak Silat oleh Murid SK Bahagia dan Belia Kg Bahagia

Murid-murid begitu seronok mendengar ceramah motivasi dari Datuk Dr. Syeikh Mudzafar Syukor (yang juga dikenali dengan nama cun Dr SMS) yang begitu 'caring' dan 'loving' dengan budak-budak. Ramai juga cikgu-cikgu yang terpegun, tergamam dan terjatuh cinta dengan 'the handsome and the charming astronaut'. Guru Besar SK Bahagia dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa Dr SMS sebagai "suai cin-cin" bermaksud handsome dan lawa dalam bahasa Thai, manakala pengacara majlis En Ishak Ibrahim pula menggambarkannya sebagai "oghe comel" yang membawa makna sama dalam loghat Kelantan.

Masing-masing tidak melepas peluang untuk bergambar dengan Angkasawan Negara. Lebih melucukan ada juga yang 'terpelehot kasut tumit tinggi' jatuh tangga pentas waktu bertolak-tolak nak bergambar dengan Dr. SMS - cikgu pulak tu. Buat malu kat anak murid je, nasib baik bukan pensyarah IPGM Kota Bharu.

2 comments: