Rombongan Jawatankuasa Pensiangan-Salinatan IPGM Kampus Kota Bharu, Kelantan telah mengadakan lawatan penanda aras perlaksanaan program Pensiangan-Salinatan oleh IPGM Kampus Tawau, Sabah di Sekolah Pusat Sekolah Kebangsaan Pulau Bum-Bum, Tawau, Sabah pada 17hb April 2009.
Rombongan ke Sekolah Pusat Sk Pulau Bum-Bum diketuai oleh En Hanif Hassan, Penyelaras Pensiangan-Salinatan IPGM Kampus Tawau bersama dengan En Mazania Kasimin, Pn Hapsah Magit dan Pn Anna.
Pemandangan di sekeliling Pulau Bum-Bum amat cantik dengan kebiruan lautan.
Bergambar di hadapan Sekolah Pusat SK Bum-Bum, Semporna, Sabah
Penolong Kanan Pentadbiran, Hj Anuwar Hj Ali menyampaikan taklimat menjelaskan serba sedikit tentang Sekolah Pusat SK Pulau Bum-Bum. Sekolah ini dinamakan Sekolah Pusat SK Pulau Bum-Bum kerana ia mengumpulkan murid-murid dari 5 buah Sekolah Kurang Murid dari pulau-pulau berhampiran ke Sekolah Pusat SK Pulau Bum-Bum, iaitu Pulau Omadal, Pulau Menampilik, Pulau Larapan, Pulau Denawan dan Pulau Selakan. Semua murid dari pulau-pulau tadi akan tinggal di asrama.
Penyampaian Taklimat Oleh Tn Hj Anuwar Hj Ali, Penolong Kanan Pentadbiran. Beliau Berasal dari Kg Dewan Besar, Batu 23, Labok, Macahang. Telah bemastautin selama 25 tahun di Semporna Sabah. Katanya seronok tinggal di Sabah.
Perjalanan ke Sekolah Pusat SK Pulau Bum-Bum begitu menyeronokkan. Memerlukan kita menggunakan 3 kenderaan, iaitu kereta atau bas dari Tawau atau Semporna. Menaiki bot dari Jeti Palimbang ke Jeti Pulau Bum-Bum. Perjalanannya dekat sahaja, lebih kurang 15 minit sahaja. Dari Jeti Pulau Bum-Bum, untuk ke sekolah kita perlu menaiki bas (sebenarnya van) yang memakan masa antara 30 hingga 35 minit.
Kelihatan Pengarah IPGM Kampus Kota Bharu, En Hashim Deraman bersama ahli rombongan bergambar sewaktu menaiki bot ke Pulau Bum-Bum. En. Mohd Hasbi (sebelah pengarah) nampak begitu segak sekali.
Kelihatan Pengarah IPGM Kampus Kota Bharu, En Hashim Deraman bersama ahli rombongan bergambar sewaktu menaiki bot ke Pulau Bum-Bum. En. Mohd Hasbi (sebelah pengarah) nampak begitu segak sekali.
Guru Besar Sekolah Pusat SK Pulau Bum-Bum, En Salasa Bin Mohd Sabar menyatakan rasa bangganya dikunjungi oleh rombongan IPGM Kampus Kota Bharu. Beliau pernah belajar selama setahun di IPGM Kampus Kota Bharu (dahulunya dikenali sebagai KBTC) dalam kursus KSPK Pengajian Melayu pada tahun 1992.
Mengikut Guru Besar, prestasi akademik sekolah beliau kurang menyerlah, tetapi amat menyerlah dari segi ko-kurikulum. Contohnya, pasukan bola jaring Sekolah Pusat SK Pulau Bum-Bum mewakili Sabah dalam Pertandingan Bola Jaring Peringkat Kebangsaan di Perak pada 2008 dan mencapai tempat separuh akhir. Begitu juga dengan permainan bolasepak dan olahraga. Sekolah Pusat SK Pulau Bum-Bum digeruni lawan, seringkali muncul Johan peringkat Daerah Semporna.

No comments:
Post a Comment